BERITA TERKINI : Tempoh perintah berkurung telah dilanjut dari 5 Petang ke 7 Pagi kepada 7 Malam ke 6 Pagi. aljazeera.net

Selasa, Mac 01, 2011

ops ehsan - selangor tubuh bilik gerakan baru untuk mengesan anak-anak selangor sekali lagi untuk penghantaran ke mesir semula..

Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung kos menghantar pulang pelajar rakyat negeri ini bagi menyambung kembali pengajian di Mesir.Ia merupakan projek di bawah Operasi Ehsan Pelajar Mesir-Selangor dengan membabitkan kesemua pelajar yang berasal dari negeri ini yag dianggar lebih 600 orang. Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali penghantaran pulang ke Mesir itu membabitkan tiga penerbangan dengan 15 Mac merupakan tarikh terakhir penghantaran pulang.

Menurut Dr Halimah bilik operasi dibuka mulai 25 Februari bagi membolehkan pelajar mendaftar untuk proses penghantaran pulang. Pendaftaran itu juga bagi membolehkan maklumat pelajar diperoleh kerana Kerajaan Negeri cuma mempunyai maklumat pelajar yang ditaja kerajaan Negeri sahaja.

MAKLUMAN TERKINI OPS EHSAN MAC 2011
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PIHAK KERAJAAN NEGERI DENGAN KERJASAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TELAH MEMBUKA BILIK OPERASI DITINGKAT TIGA, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. BEROPERASI SEPERTI BERIKUT :
8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
BERMULA PADA 25 FEBRUARI SEHINGGA 28 FEBRUARI 2011.
Anda semua diminta menghubungi  Bilik Operasi Ops Ehsan untuk urusan pendaftaran bagi proses penghantaran semula pelajar ke Mesir. Sebarang maklumat sila hubungi Bilik Operasi melalui talian berikut :
  • 03- 5514 3520
  • 03- 5514 3534
  • 03- 5514 3538
juga menerusi YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) ust yazid 013-329 6871
dan web bkasm www.bkasm.org / www.ilmam-prihatin.blogspot.com

Sehubungan dengan itu, Semua Anak Selangor diwajibkan untuk mengikuti program SPIES (Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor) yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Di sini adalah maklumat bagi program SPIES siri pertama..

Program Pembangunan Mahasiswa SPIES Siri Pertama

Tarikh: 28 Feb 2011(Isnin) dan 1 Mac 2011(Selasa)
Tempat: Kem Bina Semangat,Ampang Pecah
                Kuala Kubu Bharu.
Pendaftaran: Bermula Jam 9.00 pagi
  • Berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam Pada Jam 7.00 pagi
  • Pengangkutan pergi dan pulang disediakan hanya pada masa yang ditetapkan.
  •  Pastikan hadir selewat-lewatnya jam 7.30 pagi.  
Senarai Keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-
1.       Pakaian untuk 2  hari 1 malam( sopan dan menutup aurat)
2.       Peralatan Peribadi(Ubat dll.)
3.       Passport

rujuk web bkasm www.bkasm.org untuk maklumat senarai pendaftran program.

* mohon disebarkan kepada lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan