BERITA TERKINI : Tempoh perintah berkurung telah dilanjut dari 5 Petang ke 7 Pagi kepada 7 Malam ke 6 Pagi. aljazeera.net

Isnin, Mac 07, 2011

Kerajaan Kedah telah menhantar kumpulan pertama pulang ke Mesir

Kerajaan negeri kedah telah berpuas hati dengan proses penghantaran pulang pelajar Kedah ke negara Mesir yang di uruskan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah yang lepas (5 Mac).

Kerajaan Negeri Kedah telah menyewa 3 buah kapal terbang Egypt Air untuk proses menghantar pulang 835 pelajar Kedah ke Mesir serta memberikan wang saku RM500 setiap pelajar.

Kumpulan pertama yang dilepaskan ialah seramai 235 pelajar serta 9 pegawai bertolak dari Alor Setar ke KLIA dengan enam buah bas yang disediakan.

Penerbangan kedua akan dilepaskan pada 8 Mac dan penerbangan seterusnya 10 Mac.

Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta dalam projek penghantaan pelajar Kedah kembali ke Mesir dan projek ini di uruskan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan