Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) kerana begitu mengambil berat terhadap keadaan dan situasi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir.
Katanya, pertubuhan tersebut akan menganjurkan solat hajat perdana dan dialog "Selamatkan Mahasiswa Mesir" pada hari Jumaat nanti. Program tersebut akan dilaksanakan selepas solat Maghrib di masjid negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Menurutnya, PMRAM juga bersyukur dengan rakyat Malaysia yang berdoa melakukan solat hajat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan jauh daripada bencana yang menimpa.
Sehingga kini katanya lagi, PMRAM sentiasa memantau kedudukan mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir bagi memastikan mereka berada dalam yang selamat.
"Rusuhan besar-besaran yang berlaku di sini menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan untuk mencuri dan merompak barangan di kedai-kedai dan supermarket. PMRAM begitu bimbang sekiranya keadaan ini menular dan akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia hidup dalam keadaan yang tidak aman", ujar beliau dalam satu kenyataannya pada hari ini.
Walaubagaimana pun sehingga kini, seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat. Ibu bapa di Malaysia disarankan agar bertenang dan sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir.
Manakala hasil komunikasi ILMAM dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5000 orang pelajar di Mesir semalam, ILMAM menegaskan beberapa perkara yang mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10 000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.
Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, berikut adalah pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia;
1- Menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir. Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya.
2- Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.
3- Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka. Boleh dapatkan maklumat secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.
4- Kami telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu ini untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana. Sila hubungi ;
1- Mohd Farhan Madzlan / Timbalan Presiden ILMAM Pusat (019-2103035)
2- Syed Toriq / Perlis (013-5190501)
3- Mohd Nizam Mohd Noh / Kedah (019-5586401)
4- Ahmad Farizan Abd Hadi / Pulau Pinang (013-6650388)
5- Zawawi Hasan / Perak (013-5908377)
6- Syed Abdul Kadir / Selangor (017-7770282)
7- Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman / Kuala Lumpur (012-3484140)
8- Norazman Muhammad / Negeri Sembilan (019-6400062)
9- Zarul bin Salleh / Johor (019-6813876)
10- Mohd Saifuddin / Pahang (013-9341730)
11- Mohd Azizul Hisham / Terengganu (019-9544780)
12- Abdul Fatah / Kelantan (013-9210960)
Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana.
Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mengeluarkan pekeliling keselamatan selepas mendapat makluman dari pihak keselamatan Mesir berikutan waktu perintah berkurung dan keadaan semasa negara Mesir. Pihak angkatan tentera yang terlibat dalam operasi pengaman, memaklumkan tanda aman dan terkawal ditunjukkan pada lewat petang tadi.
PEKELILING KESELAMATAN
BERDASARKAN MAKLUMAN DARI PIHAK TENTERA MESIR, PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR DIARAHKAN UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA SETIAP AHLI AGAR MEMATUHI PERKARA BERIKUT :
1) DILARANG SAMA SEKALI UNTUK KELUAR DARI TEMPAT KEDIAMAN MASING-MASING.
2) DILARANG KELUAR DARI KAWASAN PENEMPATAN MELAINKAN TERDAPAT KEPERLUAN SAHAJA. PASTIKAN SENTIASA MEMBAWA DOKUMEN PENGENALAN DIRI.
3) DILARANG SAMA SEKALI KELUAR PADA WAKTU MALAM.
4) DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI RUSUHAN (MERAKAM, MENDEKATI, MENYERTAI ATAU MENGAMBIL GAMBAR).
5) WAKTU PERINTAH BERKURUNG BERMULA JAM 5 PETANG HINGGA 8 PAGI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan