BERITA TERKINI : Tempoh perintah berkurung telah dilanjut dari 5 Petang ke 7 Pagi kepada 7 Malam ke 6 Pagi. aljazeera.net

Khamis, Februari 03, 2011

INFO TERKINI dari Timbalan Presiden ILMAM


ILMAM mendesak 2 perkara kepada kerajaan Malaysia.

1- Mengapa kita hanya menghantar 3 pesawat udara dalam misi ini, sedangkan negara Indonesia, yang mempunyai rakyatnya di Mesir kurang seganda dari rakyat Malaysia, mereka menghantar 6 buah pesawat?

2- Menyelar tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengugut 40 orang pelajar perubatan dari Mansurah di bawah tajaannya yang ingin membawa memorandum ke Wisma Putra semalam dengan menarik balik tajaan kepada mereka. Kami mengecam tindakan ini. Memorandum tersebut adalah menggesa Kerajaan Malaysia bertindak pantas kepada sahabat-sahabat mereka di Mesir dalam keadaan bahaya.



PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN


Pihak ILMAM Malaysia dengan kerjasama YAM Selangor akan melancarkan Tabung Kemanusiaan bagi membantu pelajar-pelajar di Mesir dalam tempoh masa mereka berada di sana.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit sahaja.

Sila hubungi :-

1) Presiden ILMAM : Ust Mohd Azizul Hisham. (019-9544780)
2) Timb. Presiden ILMAM : Ust Mohd Farhan Madzlan. (019-2103035)
3) Setiausaha ILMAM : Ust Faisal Mizan. (013-9803023)
4) Bendahari ILMAM : Ust Mohd Fauzan Madzlan. (019-3855634)

Segala sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan/ puan, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu Khairal Jaza'. Hanya Allah taala sahajalah yang berhak untuk memberi ganjaran yang sewajarnya di atas sumbangan tuan/puan itu.

Mohd Farhan Madzlan
Timbalan Presiden
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)



MAKLUMAT TERKINI DARIPADA BILIK GERAKAN KEDUTAAN

1). Kos perjalanan dari Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2). Sara hidup dan perbelanjaan sepanjang di Jeddah adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3). Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, Pegawai Kedutaan di Mesir melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm (Waktu Mesir) : -

"Selepas keadaan krisis reda, perjalanan ke Jeddah - KL, Jeddah - Cairo adalah dengan tanggungan sendiri. Harap maklum".


Makluman Terkini daripada Mohd Adlan Mokhtaruddin, Setiusaha Agung PMRAM, "Penerbangan kedua selamat tiba di Jeddah kira-kira jam 2.05am ( 1.05 am waktu Mesir)". Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan