BERITA TERKINI : Tempoh perintah berkurung telah dilanjut dari 5 Petang ke 7 Pagi kepada 7 Malam ke 6 Pagi. aljazeera.net

Sabtu, Februari 05, 2011

Dari Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor Mesir










Kenyataan Dewan Muslimat Selangor - Wan Hasrina

Seperti yang kita lihat kebangkitan rakyat Mesir sekarang ini, mereka mahukan satu sistem pemerintahan yang lebih telus dan demokrasi setelah 30 tahun presiden Husni Mubarak memerintah secara diktator. Kebajikan dan hak rakyat disekat yang menyebabkan mereka bangkit. Sekarang sampai masa rakyat Mesir bertindak menuntut keadilan dan pemerintahan yang lebih telus dan memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara.

Suasana ini sebenarnya sudah mula bangkit di beberapa tempat seperti di Indonesia, kebangkitan rakyat sudah lama berlaku dan di Malaysia ini pun kita harap rakyat terus sedar menuntut seperti mana keberanian rakyat Mesir. Jutaan rakyat keluar menuntut supaya presiden Husni Mubarak turun daripada pemerintahannya dan memberi ruang kepada pemimpin yang lebih demokrasi dan lebih prihatin terhadap situasi atau keadaan rakyat.

Keselamatan Pelajar Selangor Di Mesir

Mengenai pelajar-pelajar kita yang berada di sana, Dewan Muslimat PAS Selangor mengharapkan supaya kerajaan Malaysia melakukan sesuatu supaya tidak brlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap keselamatan pelajar kita di sana. Sebab pelajar-pelajar kita di sana kalau melihat kepada situasi yang ada pada hari ini, ketegangan politik Mesir boleh menggugat kestabilan dan nyawa pelajar. Kita berharap supaya tindakan dibuat secara lebih baik dan dipercepatkan usaha-usaha untuk memindahkan pelajar-pelajar di sana. Ini kerana tidak nampak dalam masa trdekat ini mereka dapat mengembalikan keadaaan kepada suasana lebih baik selagi pemerintahan kerajaan Mesir tidak bertukar seperti kehendak rakyat.

Penubuhan Bilik Gerakan Operasi

Itu satu tindakan yang cukup baik sebagai sebuah kerajaan yang berkebajikan dan melihat suasana ini atau situasi keadan pelajar kita yang penting khususnya di bawah tajaan Selangor sendri. Mana-mana pemerintah pun bukan sahaja Pakatan Rakyat, malah BN-pun sepatutnya lebih awal lagi melihat perkara ini. Jadi, sebagai kerajaan Pakatan Rakyat kerajaan yang berteraskan kebajikan rakyat tanpa melihat aliran politik mereka, kita perlu mengambil tindakan dan bilik gerakan yang di tubuhkan ini perlu diteruskan sehingga selesai.


Kenyataan Rasmi Ustaz Hasbullah

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Selangor kami mendoakan adik-adik yang berada di Mesir dan seluruh warga Malaysia yang berada di mesir agar dikurniakan ketabahan dan kesabaran dan keberanian untuk menghadapi suasana yang merupakan mungkin pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Semoga peristiwa yang dilalui itu, dan pengalaman yang berharga akan meningkatkan lagi jati diri pelajar-pelajar di sana seterusnya segala kejadian ini mengandungi hikmah.

Situasi Demonstrasi Di Mesir

Pertama : Biasanya dalam apa jua keadaan mesti ada pro dan kontra. Mesti ada pengikut yang akan menyokong pihak-pihak yang tersebut.

Walau bagaimana pun apa yang paling penting ialah kita melihat keadaan yang sebenar realiti yang dihadapi oleh masyarakat Mesir hasil daripada pemerintahan Husni Mubarak, kita melihat mereka berada dalam keadaan yang hari ini menyebabknan berlakunya kebangkitan rakyat. Kita harap rakyat mesti bersatu dlm menghadapi perkara tersebut.

Keselamatan Pelajar Pada Situasi Kini
Kita mengharapkan pihak berwajib yang mempunyai autoriti untuk melakukan ekspedisi keselamatan dapat mngambil tindakan segera pada peajar kita oleh kerana ini situasi yang mereka lalui mungkin suasana trauma dan ketakutan berlaku. Kita harap pihak yang mempunyai autoriti untuk melaksanakan ekspidisi keselamatan dapat memberikan bantuan keselamatan segera. 


Kenyataan Saudara Ahmad Zaidy Abdul Mutalib

1. Pemuda PAS Selangor merasakan cukup kecewa kerana menurut maklumat dari pelajar Malaysia yang masih lagi berada di Mesir, selain dari pelajar yang sakit dan bekeluarga, pelajar pro UMNO juga akan di dahulukan dalam misi menyelamat untuk memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah, manakala pelajar lain dikemudiankan, hal ini cukup mengecewakan kerana bantuan yang dihantar atas nama Malaysia dan hasil dari wang rakyat tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sebegini, pihak kami minta supaya kerajaan Malaysia menafikan hal ini dengan buktikan dalam bentuk tindakan bukan omongan janji kosong semata.

2. Ibu bapa pelajar yang datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir di Lembaga Zakat Selangor/ JAIS membuat aduan yang mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, "Encik datang dari UMNO Bahagian yang mana?", hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat dari wisma putera tentang nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar dan berhati perut untuk di tanyakan pada saat-saat sebegini.

3. Sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga di ugut akan di ambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa pelajar di wisma putera pada hari rabu (2 Feb 2011) yang lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Berdasarkan kepada beberapa insiden di atas Pemuda PAS Selangor merasa cukup kecewa kerana Kerajaan Malaysia bersama Kelab Putera dan beberapa agensi yang lain mempolitikkan bantuan pelajar Mesir ini dalam keadaan kebajikan pelajar perlu diutamakan tanpa mengira fahaman politik sempit.


4. Dewan Pemuda PAS Selangor mengharapkan agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik. Diharapkan juga kepada seluruh ummat islam di Malaysia agar berdoa seupaya segala-galanya selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan yang baik.

5. Kepada ibu bapa yang ingin membuat semakan dan bertanya perkembangan lanjut berkitan pelajar di Mesir khususnya pelajar Selangor bolehlah berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan MAIS, Shah Alam, Selangor. Selama 24 jam di talian: 03-55143520/3534/3538/3539/3576.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan